Kurator Berita : Darul Quran
24 Ogos 2021 – Ahli-Ahli Lembaga Darul Quran telah bersidang buat kali ke-38 secara dalam talian hari ini bagi membahaskan lima kertas cadangan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz Jusoh yang merangkap sebagai Pengerusi Lembaga Darul Quran.

Dalam ucapan aluannya, Datuk Pengerusi telah merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah atas perlantikan beberapa orang Ahli Lembaga DQ yang baru. Selain itu, beliau turut memaklumkan kepada para ahli bahawa pelaksanaan proses PdP di DQ sepanjang musim PKP telah dilaksanakan secara dalam talian selaras dengan arahan kerajaan. Walaupun pelaksanaan PdP telah dijalankan secara norma baharu, para pelajar tetap mampu menunjukkan pencapaian yang baik dengan pencapaian 83% pelajar telah berjaya mendapat pangkat Jayyid dan ke atas dalam peperiksaan semester akhir bagi tahun 2021. Selain itu Datuk Pengerusi juga turut memaklumkan berkenaan Projek Pembinaan Bangunan Akademik & Asrama DQ Kuala Kubu Bharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 Rolling Plan Ke-3 yang telah mula dilaksanakan pada Mac 2021 dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Mac 2024. Ini akan memberi lebih banyak peluang kepada calon-calon pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang tahfiz al-Quran.

Antara Ahli Lembaga yang turut hadir dalam mesyuarat kali ini selain daripada Pegawai-Pegawai Tertinggi JAKIM, ahli-ahli akademik dari IPTA tempatan dan seorang ahli akademik dari Universiti Brunei Darussalam, Sahibus Samahah Datuk Dr. Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Mesyuarat berakhir pada jam 3:30 petang selepas bersidang selama hampir satu jam 30 minit.

Mesyuarat Lembaga DQ Kali Ke 38

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=469