Kurator Berita : Darul Quran
26 Ogos 2021 - Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee telah dijadualkan untuk mengadakan ‘walkabout’ secara dalam talian bersama pegawai dan kakitangan Darul Quran pada hari ini. Walaupun kekangan dengan wabak pandemik Covid-19 serta arahan PKP oleh pihak kerajaan, program ‘walkabout’ bersama Timbalan Ketua Pengarah JAKIM tetap diteruskan dengan medium Google Meet.

Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Operasi juga telah diberikan taklimat mengenai info korporat dan juga status penjawatan semasa warga kerja Darul Quran. Melalui program ini juga, warga Darul Quran berkesempatan untuk berkongsi info mengenai isu semasa serta cadangan penambahbaikan di Darul Quran.

Program Walkabout Bersama TKPPO JAKIM

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=470