Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 1 September - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Diskusi Hadis Hukum Antara Prinsipal & Fleksibel (Secara Dalam Talian) pada hari Rabu bertarikh 1 September 2021 bersamaan 23 Muharram 1443H, jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari melalui platform Google Meet. Program ini telah mencapai kehadiran seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM, Kader JAKIM, Pegawai Agensi di bawah YB Menteri di JPM, MAIN dan JAIN.

Diskusi ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri hadis hukum, memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam agama dengan jelas dan mengenali metodologi pengambilan hukum menerusi hadis hukum. Diskusi ini dikendalikan oleh YBrs. Dr Helimy bin Aris, Pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Perkongsian pengenalan hadis hukum, keperluan dan kepentingan hadis hukum, sejarah penyusunan hadis hukum, sejarah tasrie’, peranan dan bagaimana hadis hukum berinteraksi dengan manusia, serta perbincangan hadis hukum antara prinsipal (at-thawabit) dan fleksibel (al-mutaghaiyirat) juga telah dikupas secara mendalam di dalam diskusi ini. Semoga diskusi ilmiah ini berjaya memberi pendedahan ilmu, kesedaran dan kemahiran kepada para peserta untuk menguasai ilmu dan peranan hadis hukum.

Diskusi Hadis Hukum Antara Prinsipal Fleksibel 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/867-diskusi-hadis-hukum-antara-prinsipal-fleksibel