Kurator Berita : Bahagian Dakwah
1 September 2021, Rabu - JAKIM pada hari ini dalam siri turun padang jelajah Program SiC Zon Timur mengambil kesempatan singgah menyantuni 11 keluarga mangsa kebakaran deretan kedai di Kg. Bukit Bunga, Tanah Merah pada 17 Ogos lalu. JAKIM telah menyalurkan sumbangan kepada 11 keluarga mangsa kebakaran dengan kerjasama dari (peruntukan) Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM di satu majlis penyerahan di Masjid Al Wadud Mukim Bukit Bunga Tanah Merah. Majlis ringkas tersebut mendapat kerjasama dengan pemantauan dari pegawai dan beberapa anggota polis dari Balai Polis Tanah Merah.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Sarjan Mejar Abu Daud bin Ahmad, Ketua Balai Polis Bukit Bunga, Imam Masjid dan Ustaz Ahmad, Penyelaras Pentadbiran Masjid Jajahan.

JAKIM Menyantuni 11 Mangsa Deretan Kedai Terbakar 1

JAKIM Menyantuni 11 Mangsa Deretan Kedai Terbakar 2

JAKIM Menyantuni 11 Mangsa Deretan Kedai Terbakar 3