Kurator Berita : Bahagian Dakwah
3 September 2021, Jumaat - Hari ketiga Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Barangan Makanan Zon Timur diteruskan ke destinasi berikutnya iaitu ke Terengganu Darul Iman.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SiC Zon Timur dengan kerjasama YaPEIM Cawangan Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) kepada golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di negeri Terengganu.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM di satu majlis penyerahan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Timur (ILTIM), Cawangan Besut, Terengganu. Majlis tersebut dihadiri oleh Encik Ridwan bin Mohd. Nor, Timbalan Pesuruhjaya Pengurusan JHEAT, yang mewakili Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Puan Kartina binti Ahmad, Pengurus YaPEIM Terengganu dan Puan Shukreyah binti Zawawi, Pengarah ILIM Kampus Timur.

Program Team SIC Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Terengganu 1

Program Team SIC Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Terengganu 2

Program Team SIC Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Terengganu 3

Program Team SIC Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Terengganu 6

Program Team SIC Agihan Bakul Makanan Di Zon Timur Terengganu 7