Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 3 September – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kelas Tarannum Siri Kedua secara dalam talian kepada Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi-agensi Agama di bawah Pejabat YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri. Program ini dilaksanakan pada hari Selasa dan Rabu bertarikh 2 dan 3 September 2021, jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi melalui medium Google Meet, dan telah mencapai kehadiran 21 peserta.

Kelas tarannum ini mempunyai tiga (3) objektif utama iaitu untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu kemahiran al-Qur’an khasnya ilmu tarannum, kemudian untuk memberi kemahiran bacaan dari aspek tarannum, seterusnya membina kemahiran untuk mengaplikasikan tarannum di dalam bacaan al-Qur’an. Pembelajaran tarannum akan dibahas dan dipraktikkan secara mendalam di dalam setiap siri ini, dibimbingi oleh penceramah kelas tarannum yang berpengalaman, Ustaz Hasan al-Fadhli bin Abdul Rahman, Imam Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Semoga kelas ini berjaya mencapai matlamatnya yang bukan sahaja mampu meningkatkan kefahaman peserta mengenai ilmu tarannum, bahkan mampu mempraktikkan tarannum di dalam bacaan al-Qur’an.

Kelas Tarannum Siri 2 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/869-kelas-tarannum-siri-2