Kurator Berita : Bahagian Dakwah
6 September 2021, Isnin - Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Barangan Makanan diteruskan ke destinasi berikutnya ke Zon Tengah iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SIC Zon Tengah dengan kerjasama YaPEIM kepada Penjaja Kecil dan Pemandu Teksi yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM kepada YBrs. Encik Mohd Ridzal bin Mohd Sheriff, Ketua Pengarah YaPEIM di satu majlis simbolik penyerahan di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur dan Selangor.

Di kesempatan majlis ini, Dato' Dr. Sirajuddin juga menyampaikan sumbangan tabung musa'adah kepada waris Allahyarhamha Ustazah Zaniah @ Raihana binti Abdul Manan, Guru SRA Al-Sa'adah Kuala Lumpur yang meninggal dunia pada 16 Ogos 2021 lalu akibat Covid19.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Tuan Hj Ruslan bin Said, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah selaku Cief D Mission Program SiC, Prof. Madya Dr. Amir bin Shaharudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Tuan Haji Mohd. Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI dan juga Tuan Hj. Muhyiddin bin Aziz, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.

Program SIC Dakwah Zon Tengah 1

Program SIC Dakwah Zon Tengah 2

Program SIC Dakwah Zon Tengah 3