Kurator Berita : Bahagian Dakwah
9 September 2021, Khamis - Program Sharing is Caring (SiC) Agihan Bakul Makanan diteruskan ke destinasi berikutnya ke Zon Selatan iaitu Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pada hari ini, JAKIM turun padang menyalurkan Sumbangan Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM-YWM melalui Program SiC Zon Selatan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Negeri Sembilan kepada golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Negeri Sembilan.

Sumbangan dari Tabung Musa'adah JAKIM-YWM disampaikan oleh YBhg. Dato' Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR kepada YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu majlis simbolik penyerahan di JHEAINS. Replika cek diserahkan bernilai RM15,000.00 iaitu sebanyak 150 bakul makanan yang mengandungi 10 kilo beras, minyak masak, gula, tepung, sardin dan barangan kering yang lain.

Program Agihan Bakul Makanan Ke Zon Selatan Negeri Sembilan 1

Program Agihan Bakul Makanan Ke Zon Selatan Negeri Sembilan 2

Program Agihan Bakul Makanan Ke Zon Selatan Negeri Sembilan 3

Program Agihan Bakul Makanan Ke Zon Selatan Negeri Sembilan 4