Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 6 September – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) dan Bahagian Penyelidikan, JAKIM dengan kerjasama Apadilangit telah mengadakan Webinar Falak Nusantara 1443H: Kriteria Baru Imkanur Rukyah secara dalam talian kepada Jabatan dan Pejabat Mufti Seluruh Malaysia, Pegawai Hal Ehwal Islam, Kader di Kementerian , Agensi di bawah YB Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri dan terbuka . Program ini dilaksanakan pada hari Isnin bertarikh 6 September 2021, bersamaan 28 Muharram 1443 bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari melalui medium Google Meet dan Facebook rasmi ILIM, dan telah mencapai kehadiran 150 peserta.

Webinar ini diadakan bertujuan bagi:

  • Meningkatkan kemahiran dan penguasaan masyarakat dalam ilmu falak
  • Menyampaikan maklumat mengenai kriteria Imkanur Rukyah baharu kepada pelbagai agensi kerajaan/swasta
  • Mengisytiharkan penggunaan kriteria Imkanur Rukyah baharu di Malaysia kepada seluruh jabatan mufti negeri-negeri dan negara MABIMS
  • Memberi pendidikan falak kepada masyarakat dan pelajar serta mengaplikasikannya dalam ibadah secara bersepadu
  • Meningkatkan hubungan kerjasama antara jabatan dan agensi dalam dan luar negara

Sehubungan dengan itu, pakar panel falak dari Malaysia dan Indonesia, Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri Zainuddin dari JAKIM dan Prof. Dr. H. Thomas Djamaluddin, Professor Riset Astronomi Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional telah mengupas perkembangan falak di Malaysia dan Indonesia, seterusnya mengisytiharkan kriteria baru Imkanur Rukyah. Webinar interaktif ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk menyertai sesi kuiz falak bagi menambahkan ilmu asas berkaitan falak. Webinar ini ditutup dengan ucapan perasmian Webinar Falak Nusantara 1443H & Penutup Bulan Falak Malaysia dari Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz bin Jusoh.

Semoga webinar anjuran kerjasama ILIM, JAKIM dan Apadilangit berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan pemahaman dan kepakaran dalam ilmu falak khususnya dalam memahami kriteria baru Imkanur Rukyah.

Webinar Falak Nusantara 2021 Kriteria Baru Imkanur Rukyah 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/870-webinar-falak-nusantara-2021-kriteria-baru-imkanur-rukyah