Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 23 September 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Kampus Utama Bangi melalui Kluster Kecemerlangan Kepemimpinan Islam (KKKI) dengan kerjasama Cawangan Perkhidmatan Hal Ehwal Islam, Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Webinar Transformasi: “Jom Jadi Insan Terbaik” secara dalam talian pada 23 September 2021 (Khamis) bermula jam 08.30 pagi hingga 01.00 tengah hari. Webinar ini telah disertai seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai kader JAKIM gred 19 hingga gred 40 yang berkhidmat di pelbagai kementerian/jabatan/agensi seluruh negara.

Tujuan webinar ini diadakan antaranya:
  • Memberi pendedahan mengenai kepentingan transformasi dan perubahan diri bagi membangunkan organisasi serta penyampaian perkhidmatan yang cemerlang;

  • Meningkatkan kefahaman mengenai kaedah dan teknik dalam melakukan transformasi kepada diri serta organisasi dengan lebih berjaya; dan

  • Meningkatkan kesedaran untuk sentiasa menilai diri dan organisasi melalui analisis SWOT bagi menyelesaikan dan mengatasi halangan-halangan perubahan (dalaman dan luar) dalam organisasi.

Webinar dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh YBrs Ustazah Adawiah binti Lias, Timbalan Pengarah, Cawangan Pembangunan Kompetensi, ILIM. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua peserta dalam program yang julung-julung kali diadakan ini. Beliau juga mengharapkan agar peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan menimba ilmu daripada penceramah yang cukup berpengalaman untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan transformasi kepada diri dan organisasi.

Sesi webinar diteruskan oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Saad, Konsultan SJ Facilitation Sdn Bhd. Beliau berkelulusan ijazah sarjana, sijil master trainer, mantan kakitangan Petronas dan berpengalaman luas dalam melaksanakan latihan kepada jabatan/agensi kerajaan dan pihak swasta. Pada program kali ini, beliau telah memulakan sesi dengan pengenalan & Icebreaker, kemudian berkongsi mengenai mengapa seseorang perlu melakukan transformasi, Impian & Realiti, proses & kaedah transformasi, transformasi lestari dan diakhiri dengan pelan tindakan tranformasi diri. Penyampaian secara santai dan sangat interaktif telah menarik minat peserta untuk mengikuti webinar dari awal hingga ke akhir program. Para peserta juga telah memberi maklumbalas yang sangat baik di atas penganjuran webinar kali ini.

Semoga program ini dapat memberi semangat dan motivasi kepada peserta untuk melakukan perubahan kepada diri dan organisasi daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik demi memartabatkan perkhidmatan hal ehwal Islam.

Webinar Transformasi Jom Jadi Insan Terbaik 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/877-webinar-transformasi-jom-jadi-insan-terbaik