Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Team Misi Bantuan Tabung Musa'adah Covid 19 Jakim telah ke Kampung Orang Asli Bal, Pos Kemar, Gerik Perak. Kampung ini terletak di kawasan pendalaman, menaiki bot laju dengan mengambil masa selama 2 jam melalui Tasik Banding.
 
Bantuan disampaikan oleh Kumpulan Misi Bantuan Jakim, Ustaz Zulrushdi bin Salleh, Pegawai dari Jakim dan Us Sharul Rizal bin Abdullah Sani, Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Perak/Kedah bersama 2 orang PMOA dan seorang Mubaligh Islam.
 
Bantuan dalam bentuk barangan kering telah disampaikan kepada 10 keluarga dari 42 keluarga Orang Asli yang beragama Islam dan bukan Islam. Bantuan seterusnya akan disampaikan secara berperingkat oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Ke Kampung Orang Asli yang terpilih.
 
Bantuan ini adalah sebahagian dari Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM yang telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM.
 
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kewangan ke Tabung Musa'adah Covid-19 Jakim bolehlah salurkan ke Akaun Tabung Bencana Alam, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 16027010001528
 
Bantuan Tabung Musaadah di Kampung Orang Bal Pos Kemar 1
 
Bantuan Tabung Musaadah di Kampung Orang Bal Pos Kemar 2
 
Bantuan Tabung Musaadah di Kampung Orang Bal Pos Kemar 3
 
Bantuan Tabung Musaadah di Kampung Orang Bal Pos Kemar 4
 
 
#MusaadahCovid19