Kurator Berita : Darul Quran
16 Oktober 2021 - Seramai 1,235 orang graduan bagi semua program yang ditawarkan di Darul Quran JAKIM telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-29 yang diadakan secara hibrid di Dewan Muktamar Darul Quran melibatkan dua kohort pengajian iaitu kohort 2020 dan 2021. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Program-program pengajian yang ditawarkan oleh Darul Quran bagi kedua-kedua kohort pengajian tersebut antaranya ialah:

  • Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM;
  • Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat;
  • Program Pensijilan Tahfiz al-Quran:
  • bagi kolaborasi JAKIM-IIUM (International Islamic University Malaysia), JAKIM-UNITEN (Universiti Tenaga Nasional), JAKIM-UoC (University of Cyberjaya), JAKIM-UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) dan JAKIM-PSA (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah);
  • Program Sijil Asas Tahfiz JAKIM-PSAS (Politeknik Sultan Azlan Shah);
  • Program Sijil Asas Tahfiz:
  • bagi kategori OKU Penglihatan, muallaf, orang asli dan pribumi Sabah/Sarawak;
  • Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid;
  • Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Pengurusan Masjid serta Bidang Pengurusan Tahfiz.

Saudara Adib Mua’zzam bin Abdul Razak dan saudari Amalia Hayati binti Rosaimi dari Program Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat telah dinobat sebagai penerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Perdana Menteri bagi kohort 2021 manakala saudara Ahmad Adib bin Mohd Rahim dan Saudari Nur Hasanatul Fadhilah binti Ma’arof dari Program Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat pula telah dinobat sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri bagi kohort 2020.

Sejak penubuhannya pada tahun 1966 hingga 2021, Darul Quran telah melahirkan seramai 10,059 orang graduan huffaz. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan.

Istiadat Konvokesyen Darul Quran Ke 29

Sumber berita dari Laman Web Darul Quran : http://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=481