Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 14 Oktober 2021 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) dengan Kerjasama Sekretariat Majlis Halal Malaysia (SMHM) dan Bahagian Pengurusan Halal (BPH) JAKIM telah mengadakan Kursus Pengukuhan Auditor Pemeriksaan Loji Sembelihan Luar Negara (secara atas talian) yang berlangsung selama empat (4) hari iaitu pada 11 sehingga 14 Oktober 2021. Kursus ini dijalankan secara dalam talian melalui platform Zoom dan telah mencapai kehadiran sehingga 20 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (Gred 29 dan ke atas), Bahagian Pengurusan Halal (BPH), JAKIM.

Kursus ini diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta berkaitan pemeriksaan loji sembelihan luar negara. Slot-slot yang dibincangkan ialah Etika, Kriteria dan Tanggungjawab Pegawai Pemeriksa Halal, MS 1500:2009 & Malaysia Protocol for Halal Meat and Poultry Production, Sembelihan Halal dan Teknologi Terkini dalam Sudut Pandang Industri, Peranan Jabatan Perkhidmatan Verterinar dalam Kawalan Halal, Kaedah Pengisian Checklist Rumah Sembelih, Fatwa berkaitan Sembelihan Binatang, dan Perbincangan Fiqh Musafir.

Kursus ini telah dikendalikan oleh enam (6) penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu Encik Mohd Asyraf bin Ibrahim (SMHM), Encik Mohammad Khalis bin Mohammad Arof (BPH), Dr. Ketty Goh Siew Lin (JPV Putrajaya), Encik Mohamad Samir bin Sulaiman (SMHM), Encik Muhammad Hawari bin Hassan (Bahagian Penyelidikan JAKIM), dan Encik Mohammad Haidzir bin Hussin. Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dalam melahirkan Pegawai Halal yang kompeten dalam Pemeriksaan Loji Sembelihan Luar Negara.

Kursus Pengukuhan Auditor Pemeriksaan Loji Sembelihan Luar Negara 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/897-kursus-pengukuhan-auditor-pemeriksaan-loji-sembelihan-luar-negara