Kurator Berita : Bahagian Keurusetiaan & Hubungan Luar
Majlis Tilawah al-Quran Johan-Johan Kebangsaan telah diadakan pada 22 hingga 26 Oktober 2021 yang membariskan 26 qari-qariah dari seluruh negara. Ini merupakan satu majlis yang julung-julung kalinya diadakan dengan menghimpunkan johan-johan kebangsaan bermula tahun 1964 hingga 2020.

Majlis ini diserikan pembukaannya dengan Ucapan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan di sempurnakan penutupannya oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri.

Antara kelainan yang dibawa dalam majlis ini ialah penggunaan realiti buatan (Augmented Reality) dari awal majlis sehingga penghujungnya. Sambutan penonton terhadap program ini adalah sangat baik malah, ada yang mencadangkan ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Majlis ini telah dapat dijayakan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti RTM, TV Alhijrah, Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan lain-lain agensi.

Majlis Tilawah Al Quran Johan Johan Kebangsaan 1

Majlis Tilawah Al Quran Johan Johan Kebangsaan 2

Majlis Tilawah Al Quran Johan Johan Kebangsaan 3

Majlis Tilawah Al Quran Johan Johan Kebangsaan 4

Majlis Tilawah Al Quran Johan Johan Kebangsaan 5

Majlis Tilawah Al Quran Johan Johan Kebangsaan 6