Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya, 27 Oktober 2021 – Susulan daripada pelancaran Keluarga Malaysia oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia pada 22 Oktober 2021, JAKIM melalui Bahagian Maqasid Syariah mengambil inisiatif mengorak langkah proaktif untuk merealisasikan Aspirasi Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera sepertimana yang dicetuskan oleh YB Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Justeru, Bengkel Penyediaan Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera telah dilaksanakan pada 26 dan 27 Oktober 2021 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan sumbang saran dan idea bernas dalam membangunkan kerangka Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera selaras dengan Maqasid Syariah. Bengkel ini dikemudi oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Bengkel ini telah menghimpunkan ahli-ahli yang berkepakaran seperti YBrs. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), En. Nushi bin Mahfodz, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HEA), YBrs. Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta para penyelidik IKIM.

Bengkel selama dua(2) hari ini berakhir dengan jayanya melalui semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi oleh semua ahli. Draf Dokumen keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera dijangka akan dapat dihasilkan pada bulan November 2021.


Bengkel Penyediaan Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 1

Bengkel Penyediaan Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2

Bengkel Penyediaan Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 3

Bengkel Penyediaan Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 4

Bengkel Penyediaan Dokumen Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 5