Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan bersama Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNN9) telah mengadakan Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 pada 25-29 Rabiul Awal 1443H bersamaan 1-3 November 2021 bertempat di Kelana Resort, Seremban. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun dan dihadiri oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan; Dato’ Dr. Razali bin Ab. Malik, YB Sohibus Samahah Mutfti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan; Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, (mewakili Ketua Pengarah JAKIM), Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusof. Turut hadir Bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan; Dato’ Dr. Abdul Aziz bin Syeikh Abdul Kadir, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan; Dato Abbas bin Nordin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan; Dato’ Mohd Zaidi bin Ramli dan Sohibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan; Datuk Dr. Lukman bin Abdullah. Muzakarah kali ini turut dilancarkan “Prosedur Operasi Standard (SOP) Penentuan dan Semakan Arah Kiblat”. Buku ini adalah usaha mendokumentasikan tanggungjawab pegawai- pegawai falak serta memberi panduan dalam penyelarasan gerak kerja arah kiblat.

Muzakarah Falak yang berlangsung selama 3 hari ini, merupakan program dwi- tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Mufti Negeri- Negeri. Peserta- peserta muzakarah terdiri daripada Panel Pakar Falak, Pegawai – Pegawai Falak Jabatan Mufti negeri- negeri, Institut Pengajian Tinggi, JUPEM dan Jawatankuasa Falak Negeri.

Muzakarah pada kali ini mengetengahkan tema “ Melestarikan Imkanur Rukyah Dalam Keluarga Falak Malaysia” . Tema ini dipilih dalam usaha membentuk satu kesepakatan dan persefahaman dalam Keluarga Falak Malaysia terutama sempena penggunaan Kriteria Imkanur Rukyah baharu.

Lima sesi pembentangan dan 13 kertas kerja dibentangkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM, pensyarah IPT dan Jabatan Mufti Negeri. Semoga kesepakatan dapat dilaksanakan sebaik mungkin ke arah melestarikan Keluarga Falak di Malaysia.

IMG 20211103 WA0012

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 1

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 2

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 3

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 4

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 5

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 6

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 7

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 8

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 9

Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2021 10