Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Bangi, 25 Oktober - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Bengkel Training Of Trainer : Kemahiran Perunding Latihan Bagi Penyediaan Bahan Dakwah Siber 2021 secara hibrid pada 25 Oktober 2021. Kursus ini telah disertai oleh Perunding Latihan ILIM yang terlibat dalam bidang penyediaan bahan-bahan dakwah siber.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan mengenalpasti Teknik Penghasilan Bahan-Bahan Dakwah yang tepat (al-Quran dan as-Sunnah), menarik, ringkas dan sampai kepada pembaca dengan menggunakan teknik-teknik pengolahan dan penghasilan grafik digital yang berkesan bagi menghasilkan bahan dakwah yang menarik.

Penceramah kursus kali ini iaitu Puan Noorlizawati binti Mohd Akil, Pereka Grafik dari Ad Media Bizz Services yang berpengalaman luas dalam bidang penyediaan bahan-bahan seperti poster, banner dan webanner berimejkan keislaman. Beliau telah berkongsi secara teori dan amali merangkumi penerangan mengenai teknik untuk menghasilkan bahan dakwah dalam tempoh yang singkat.

Peserta yang hadir sangat interaktif dan responsif sepanjang kursus berlangsung dan telah memberi maklumbalas yang sangat baik atas penganjuran kursus kali ini.

Bengkel Training Of Trainer Kemahiran Perunding Latihan Bagi 1

Sumber berita dari Laman Web ILIM : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/899-bengkel-training-of-trainer-kemahiran-perunding-latihan-bagi-penyediaan-bahan-dakwah-siber-2021