Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA: 27 November 2021M/22 Rabi’ulakhir 1443H:- Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM bersama dengan Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM), Yayasan Taqwa MAIWP, Yayasan Ihtimam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan NGO Komuniti Hijrah LGBT iaitu Persatuan Insaf Pahang, Pertubuhan Hijrah Republique dan Kesatuan Komuniti Sejahtera telah menganjurkan Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 secara dalam talian.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak Rektor Universiti Antrabangsa Malaysia (UIAM), Puan Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato’ Razali bin Shahabudin, Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Prof. Dr Shamsul bin Draman, Timbalan Pengarah Kampus UIA Kuantan Pahang, Tuan Haji Bakri bin Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Insaf Pahang, Saudara Khusyairie bin Mohd Ariff, Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique dan Saudara Khairolizan bin Atan, Pengerusi Kesatuan Komuniti Sejahtera.

Penganjuran program Khemah Ibadah Nusantara ini amat bertepatan dengan Inisiatif Mantap yang telah dibentangkan oleh YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah PIAGAM C-19 melalui Inisiatif ketiga (3) iaitu Pemantapan Institusi Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Islam. Penganjuran program ini juga sebenarnya menunjukkan betapa pentingnya kita untuk memahami dan menawarkan penyelesaian yang terbaik berkenaan isu LGBT.

Sebanyak dua (2) sesi pembentangan telah berlangsung iaitu Slot 1 bertajuk ‘Kesihatan HIV dan Penggunaan Kondom’ disampaikan oleh Dr. Puteri Fatin Nabilah binti Megat Ahmed Tahwil. Slot 2 bertajuk ‘Membina Keperibadian Unggul’ disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Pendakwah Bebas. Sementara sesi perkongsian Hijrah 3 bekas Mak Nyah dan diakhiri dengan sesi soal jawab bersama pakar kesihatan pensyarah UIAM Kuantan, Pahang.

Seramai 190 orang peserta yang terdiri daripada komuniti LGBT di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura yang menyertai program Khemah Ibadah Nusantara pada hari ini. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Pra Persidangan Khemah Ibadah Nusantara yang telah dijalankan sebelum ini pada 4 September yang lepas.

Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 1

Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 2

Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 3

Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 4

Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 5

Program Khemah Ibadah Nusantara 2021 6