Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya - 26 November 2021, Bersempena Perhimpunan Agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad telah menyempurnakan Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Berteraskan Maqasid Syariah. Sesi pembentangan ringkas mengenai pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera juga telah disampaikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Antara intipati dokumen yang dilancarkan ini ialah mengenai Konsep Keluarga Sejahtera menurut perspektif Islam, Inspirasi Piagam Madinah Sebagai Panduan, Cabaran Merealisasikan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, Parameter dan Prinsip Fiqh Ta’ayush Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera, Hala Tuju Strategik Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera yang merangkumi tiga (3) objektif strategik, lapan (8) fokus strategik, lima (5) strategi dan tiga (3) pendekatan dalam merealisasikan aspirasi pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera.

Dokumen yang telah diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini adalah berasaskan kerangka strategik Maqasid Syariah dan Siyasah Syariyyah dalam mengatur tadbir urus sebuah negara dengan rakyat berbilang agama dan bangsa. Moga dokumen ini dapat dijadikan panduan asas oleh semua pihak.

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 1

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 3

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 4

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 5

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 6

Pelancaran Panduan Umum Pelaksanaan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 7