Kurator Berita : Bahagian Dasar Kemajuan Islam
PUTRAJAYA – Penyelarasan Pendidikan Islam antara agenda penting institusi hal ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) dan Bahagian Pendidikan telah menyantuni satu lawatan kerja dari Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bertempat di Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya pada 29 November 2021.

Antara lain, dalam pertemuan yang berlangsung sekitar jam 2.30 petang tersebut juga bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan fungsi dan peranan Bahagian Dasar Kemajuan Islam dalam pendidikan Islam, seterusnya menyalurkan informasi terkini berkenaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara JAKIM dan JAINJ.

Pihak JAINJ telah diwakili oleh 16 orang pegawai daripada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Lawatan kerja yang diketuai oleh Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah JAINJ ini telah disambut oleh Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan BDKI dan Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM bersama pegawai dari kedua-dua Bahagian.

Diharapkan pertemuan dan perbincangan seumpama ini akan memberi impak terbaik kepada usaha penyelarasan serta pemerkasaan pendidikan Islam seterusnya dapat membantu agensi agama untuk meyakinkan masyarakat terhadap institusi pendidikan Islam yang dikelola pihak kerajaan atau yang telah mendaftar dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri.

JAKIM Meraikan Pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAINJ 1

JAKIM Meraikan Pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAINJ 2

JAKIM Meraikan Pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAINJ 3

JAKIM Meraikan Pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAINJ 4

JAKIM Meraikan Pegawai Bahagian Pendidikan Islam JAINJ 5