Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...”
(Surah An-Nisa’: 34)

Allah SWT mengangkat kedudukan kaum lelaki berbanding kaum wanita dengan beberapa potensi dan keistimewaan. Kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kaum lelaki dalam bentuk tenaga, fizikal dan akal bertepatan dengan peranan lelaki sebagai pemimpin, pelindung dan pembela kepada golongan wanita, ahli keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, situasi semasa menunjukkan kaum lelaki berhadapan dengan pelbagai isu yang menjejaskan imej dan kredibiliti mereka untuk berperanan secara sewajarnya. Pemerkasaan kaum lelaki diyakini berupaya meningkatkan imej kaum lelaki itu sendiri disamping mampu membawa negara ke arah lebih cemerlang selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

Justeru, satu Persidangan Meja Bulat bersama para ilmuwan, aktivis masyarakat serta wakil kementerian dan jabatan kerajaan telah diadakan pada 30 November 2021 bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi memperoleh syor dan pandangan dari pelbagai pihak serta mendapatkan input bagi merangka strategi dan hala tuju Inisiatif Lelaki Qawwam yang akan dibangunkan.

Persidangan Meja Bulat ini dipengerusikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut disertai oleh Timbalan Menteri YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Puan Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee. 30 orang ahli-ahli yang berkepakaran hadir berkongsi pandangan antaranya YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli bin Dato’ Haji Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan), YB Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan), YB Senator Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Ahli Dewan Negara), YAA Dato‘ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar (Ketua Pengarah JKSM), Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub @ Zulkifli bin Mohd Yusoff (Pengerusi Majlis Al-Quran Malaysia - MAQAM), YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Ab Majid (Pengerusi Majlis Dakwah Negara), Dato’ Wan Muhammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz (Mantan Ketua Pengarah JAKIM), Dr. Mohd Sani bin Badron (IKIM), Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail (Pengarah JAWI), Prof. Dr. Fariza Md Sham (Pengarah Institut Islam Hadhari UKM), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd. Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dr. Safinar binti Salleh (Pengerusi Majlis Wanita Islam YADIM (MAYA), Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi (Pengarah JAPENS WP), Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin (Timbalan Mufti Negeri Melaka), Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman (Penerbit Eksekutif Jabatan Kandungan Islam Stesyen Televisyen Media Prima), Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh (Kaunselor), Encik Wan Syahrul Amry bin Wan Mansor (Pengurus Kandungan Radio Zayan), Encik Azreen bin Rusnan mewakili KPWKM, Dr. Tenku Putri Norishah Tenku Shariman dan Ustazah Asmak bin Husin mewakil MAYA, serta Dr. Ahmad Izzuddin Abu Bakar dan Encik Mohd Faizal Zainuddin mewakili NGO Islam.

Persidangan Meja Bulat selama separuh hari ini sarat dengan perbincangan serta perkongsian idea dan pandangan ahli berdasarkan kepakaran dan pengalaman masing-masing. Segala input Persidangan Meja Bulat ini akan memandu hala tuju inisiatif dan pelan tindakan bersesuaian yang akan dibangunkan kelak. Buat para lelaki, berusahalah untuk menjadi yang terbaik dalam melindungi, membimbing dan memimpin ahli keluarga dan masyarakat.

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 1

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 2

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 3

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 4

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 5

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 6

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 7

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 8

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 9

Persidangan Meja Bulat Inisiatif Lelaki Qawwam 10