Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
JAKIM meneruskan penyampaian Misi Bantuan Tabung Musaadah Covid-19 petang ini di Kampung Orang Asli Batu 28, Jenderam Hilir, Sepang, Selangor.
 
Seramai enam (6) keluarga dipilih untuk menerima gimik sumbangan yang disampaikan oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al- Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan diringi Puan Hajah Hakimah bin Mohd Yusuff, Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM serta beberapa orang pegawai JAKIM dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Selangor. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah JAKOA Selangor. Sumbangan yang merupakan barangan kegunaan harian dan wang tunai turut disampaikan kepada 44 keluarga yang lain.
 
Majlis ini telah mendapat kerjasama baik dari pihak JAKOA. Bantuan yang telah diberikan adalah merupakan hasil sumbangan masyarakat kepada Tabung Musa'adah Covid-19 JAKIM. Sumbangan anda kami sampaikan.
 
Sekiranya anda berhasrat untuk menyumbang, boleh salurkan ke Akaun Tabung Bencana Alam, Bank Islam Malaysia Berhad, No Akaun: 16027010001528
 
Bantuan Tabung Musaadah JAKIM di KOA Sepang 1
 
Bantuan Tabung Musaadah JAKIM di KOA Sepang 2
 
Bantuan Tabung Musaadah JAKIM di KOA Sepang 3
 
Bantuan Tabung Musaadah JAKIM di KOA Sepang 4
 
Bantuan Tabung Musaadah JAKIM di KOA Sepang 5
 
#musaadahcovid19