Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pendidikan telah mengadakan Bengkel Pelaksanaan Program Kafa D'hijrah Musim Ketiga pada 22 dan 23 Disember 2021. Bengkel ini dilaksanakan di Kompleks Islam Putrajaya JAKIM. Ahli bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada Penyampai , Mentor dan Fasilitator.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para penyampai dan mentor cara berhadapan dengan kamera. Selain itu, mereka dapat berkongsi ilmu dan pengalaman bersama mentor dan penyampai yang telah dipilih pada musim lepas. Bengkel ini juga bertujuan untuk membuat persediaan berkaitan storyboard tajuk yang akan dilaksanakan nanti.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM, Tn. Hj. Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim. Antara pengisian didalam bengkel ini ialah sesi bersama penyampai Tuan Hj. Zainal Ariffin bin Ismail yang terkenal dengan rancangan Jejak Rasul. Beliau berkongsi pengalaman dan ilmu bagaimana untuk berhadapan dengan kamera kepada para peserta. Pelaksanaan bengkel ini adalah kerjasama antara TV Al-Hijrah, JAWI, MAIWP, Jabatan Agama Islam Melaka dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Bengkel Pelaksanaan Program KAFA Dhijrah Musim Ketiga 1

Bengkel Pelaksanaan Program KAFA Dhijrah Musim Ketiga 2

Bengkel Pelaksanaan Program KAFA Dhijrah Musim Ketiga 3

Bengkel Pelaksanaan Program KAFA Dhijrah Musim Ketiga 4

Bengkel Pelaksanaan Program KAFA Dhijrah Musim Ketiga 5