Kurator Berita : Bahagian Dakwah
Mentakab Pahang, 30 Disember 2021 - Misi Bantuan JAKIM bersama Agensi-agensi di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan Program Bantuan dan Pembersihan Pasca Banjir Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi Hal Ehwal Agama di Daerah Mentakab, Pahang. Misi Skuad Musaadah Keluarga Malaysia telah diketuai oleh YB Datuk Ustaz Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi Agama ini disertai oleh lebih 500 orang petugas yang terdiri dari warga 14 Agensi Agama di bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan juga sukarelawan dalam kalangan NGO dan para mahasiswa. Misi kali ini menggunakan 5 buah bas dan lebih dari 30 buah kenderaan pacuan 4 roda dan van.

Misi Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi Agama kali ini menyantuni penduduk Kampung Batu Kapur, Kampung Gajah Mati, Kampung Sg Buluh, Kampung Gantok, Sg Ara dengan membuat kerja-kerja pembersihan dalam, luar rumah dan Kawasan sekitar. YB Timbalan Menteri juga turut menyampaikan agihan sumbangan berupa wang tunai dan barangan dari JAKIM dan Agensi-agensi Hal Ehwal Agama yang lain kepada penduduk Daerah Mentakab yang terlibat dengan banjir.

Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk Mentakab yang telah terlibat dengan banjir.

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 1

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 2

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 3

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 4

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 5

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 6

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 7

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 8

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 9

Program Pasca Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YBM Di Daerah Mentakab 10