Kurator Berita : Bahagian Dakwah
6 Januari 2022, Negeri Sembilan:

Misi Bantuan Skuad Musa'adah Keluarga Malaysia Agensi Di Bawah YB Menteri Di JPM (HEA) bersama-sama mangsa banjir memberi bantuan di Perkampungan Orang Asli, Jeram Kedah dan Langkap Dangi,serta Kg Air Taling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumbangan berupa kit solat lelaki dan wanita serta selimut tebal/toto telah disampaikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Tuan Haji Ruslan Bin Said kepada mangsa banjir. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YBhg Dato' Razali bin Sihabudin, Pengerusi Yayasan Taqwa MAIWP.

Skuad Musa'adah Agensi di Bawah Menteri di JPM menerusi misi bantuan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat banjir.

Skuad Musaadah Agensi YB Menteri Ke Perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan 1

Skuad Musaadah Agensi YB Menteri Ke Perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan 2

Skuad Musaadah Agensi YB Menteri Ke Perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan 3

Skuad Musaadah Agensi YB Menteri Ke Perkampungan Orang Asli Negeri Sembilan 4