Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Yang Berhormat Datuk Seri Rina binti Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah menyempurnakan Lawatan Pematuhan SOP ke Taska Mawaddah JAKIM di Kompleks Islam Putrajaya. Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut bersama hadir dalam sesi lawatan tersebut.
 
Lawatan ini dibuat adalah bagi meninjau operasi Taska Mawaddah JAKIM agar ianya mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Taska Mawaddah JAKIM telah mula beroperasi pada 6 Januari 2020 dengan had kapasiti kanak-kanak seramai 152 orang. Taska Mawaddah JAKIM terbuka kepada anak-anak warga JAKIM dan juga agensi-agensi di sekitar Kompleks Islam Putrajaya.
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.46 PM 1
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.47 PM
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.40 PM
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.48 PM 1
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.41 PM 1
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.43 PM 1
 
WhatsApp Image 2020 06 12 at 12.04.45 PM