Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Unit Penyelarasan Data dan Maklumat, Cawangan Penyelarasan Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM telah mengadakan Bengkel Pengemaskinian dan Penambahbaikan Data Sekolah Agama/tadika dan KAFA Siri 1/2022 pada 21 dan 23 Mac 2022 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang, melibatkan peserta negeri Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak. Manakala pada 29 Mac hingga 31 Mac 2022 di Sektor ICT, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah melibatkan peserta negeri Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.

Peserta yang menghadiri bengkel ini terdiri daripada Pegawai Jabatan Agama Islam Negeri dan Penyelia KAFA yang bertanggungjawab menyelaras data Sekolah Agama dan KAFA di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkemas pengurusan data dan maklumat Pendidikan Islam di Malaysia dalam Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) melalui pengemaskinian data Sekolah Agama dan KAFA.

Bengkel yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) JAKIM ini dikendalikan oleh dua orang fasilitator berpengalaman dalam SIMPENI iaitu Puan Farhana binti Zainol Abidin dan Puan Syakirah Adibah binti Mohd Ghazali dari BPM.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ustazah Fauziah binti Razap selaku Ketua Cawangan Pembiayaan dan Pentaksiran, bahagian Pendidikan JAKIM. Diharapkan bengkel yang dijalankan ini dapat mencapai sasaran pengurusan data dan maklumat yang telah ditetapkan.

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 1

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 2

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 3

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 4

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 5

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 6

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 7

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 8

Bengkel Pengemaskinian Data Sekolah Agama Tadika dan KAFA Siri 1 2022 9