Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
21 Julai 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Ketua-Ketua Penolong Pengarah Dakwah Dan Ketua-Ketua Pendaftar Muallaf Seluruh Malaysia Bil. 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Dewan Syura, Aras 8 Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Bahagian Dakwah iaitu YBrs. Tuan Aziz bin Haji Mohamad. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Penolong Pengarah dan Ketua-Ketua Pendaftar Muallaf dari Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri seluruh Malaysia. 
 
Objektif utama mesyuarat ialah menyelaras pengurusan hal ehwal dakwah dan saudara muslim seluruh Malaysia
 
Mesyuarat Penyelarasan KPP Dakwah Dan Ketua Pendaftar Muallaf 1
Mesyuarat Penyelarasan KPP Dakwah Dan Ketua Pendaftar Muallaf 2
Mesyuarat Penyelarasan KPP Dakwah Dan Ketua Pendaftar Muallaf 3
Mesyuarat Penyelarasan KPP Dakwah Dan Ketua Pendaftar Muallaf 4
Mesyuarat Penyelarasan KPP Dakwah Dan Ketua Pendaftar Muallaf 5
Mesyuarat Penyelarasan KPP Dakwah Dan Ketua Pendaftar Muallaf 6