Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, Bahagian Penyelidikan
YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama para ilmuan yang menganggotai panel-panel dan jawatankuasa pakar yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis ini telah berlangsung pada 15 April 2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Syeikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Antara panel-panel dan jawatankuasa yang terlibat adalah Panel Pakar Syariah, Panel Pakar Akidah, Panel Pakar Tassawuf, Panel Pakar Falak, Panel Pemikir Hadith, Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa (JPPF) dan Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Quran Malaysia.

Majlis pertemuan dan perbincangan ini akan turut dihadiri oleh YB Datuk Ahmad Marzuk bin Shaari, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

Majlis pertemuan dan perbincangan ini telah diurusetiakan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Pertemuan YBM Bersama Panel Pakar JAKIM 1

Pertemuan YBM Bersama Panel Pakar JAKIM 2

Pertemuan YBM Bersama Panel Pakar JAKIM 3

Pertemuan YBM Bersama Panel Pakar JAKIM 4

Pertemuan YBM Bersama Panel Pakar JAKIM 5