Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
YBhg. Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob, Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), JAKIM bersara mulai hari ini, 21 Julai 2020 setelah menabur khidmat bakti selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
 
Majlis meraikan ketipan kad terakhir beliau sebagai penjawat awam diadakan pada petang tadi secara sederhana dengan mematuhi SOP PKPP bertempat di lobi Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
 
Hadir meraikan majlis ialah YBhg. Dato' Paimuzi bin Yahya , Ketua Pengarah JAKIM, pengarah-pengarah bahagian dan warga JAKIM.
 
Ketika berucap dalam majlis tersebut, YBhg Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob menzahirkan penghargaan beliau kepada pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga JAKIM atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam bersama JAKIM.
 
Beliau yang memulakan perkhidmatan pada 3 Disember 1984 pernah ditempatkan di pelbagai bahagian dan jabatan termasuk di JAWI dan JAKIM. Perkhidmatan terakhir beliau ialah sebagai Pegawai Agama Istana Negara.
 
Semoga jasa dan sumbangan beliau untuk agama, bangsa dan negara menjadi amal kebaikan buat beliau jua.
 
Bersara Setelah 35 Tahun Berkhidmat 1
 
Bersara Setelah 35 Tahun Berkhidmat 2
 
Bersara Setelah 35 Tahun Berkhidmat 3
 
Bersara Setelah 35 Tahun Berkhidmat 4