Kurator Berita : Bahagian Dakwah
PUTRAJAYA - 22 April 2022: Majlis Pelancaran Program Perkhidmatan Berh enti Merokok mQuit Masjid telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini telah dijalankan bermula 8 April 2022 setiap waktu Solat Jumaat sepanjang bulan Ramadan dan akan diteruskan pada setiap Jumaat pada bulan-bulan berikutnya. Kerjasama padu turut diberikan oleh sukarelawan PEMADAM yang sanggup menggalas tugas pada setiap Jumaat di 12 buah masjid kelolaan JAKIM dan JAWI.

Program mQuit Masjid merupakan sebuah inisiatif yang dibuat sebagai persediaan ke arah mencapai Generasi Penamat (Generational End Game) pada 2040 dengan peratusan merokok adalah kurang daripada 5%. Bagi mengatasi isu dan masalah penyalahgunaan produk merokok terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja, kawalan undang-undang akan diperkukuhkan melalui akta baharu kawalan tembakau dan merokok. Di dalam deraf akta ini, satu peruntukan Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) telah dicadangkan bertujuan untuk melindungi generasi yang lahir pada tahun 2005 dan seterusnya terus dilindungi daripada tarikan dan ancaman berbahaya produk-produk merokok.

Melalui program sebegini, kita dapat menyaksikan bagaimana institusi keagamaan seperti masjid dapat membantu perokok di kalangan umat Islam untuk mendapatkan rawatan ke dalam perkhidmatan berhenti merokok mQuit. Justeru, kerjasama strategik di antara pihak KKM, JAKIM, JAWI dan MAIWP akan dilaksanakan dan MAIWP telah bersetuju untuk memberikan bantuan dana bagi membantu golongan B40 dan Asnaf untuk berhenti merokok.

Diharapkan dengan program ini dapat membantu perokok keluar daripada masalah ketagihan merokok seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahaya merokok dalam kesihatan diri dan orang sekeliling.

Majlis Pelancaran Program mQuit Masjid 1

Majlis Pelancaran Program mQuit Masjid 2

Majlis Pelancaran Program mQuit Masjid 3

Majlis Pelancaran Program mQuit Masjid 4

Majlis Pelancaran Program mQuit Masjid 5