Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
Petang ini YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM menyantuni warga Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Banting Selangor.
 
Maahad tahfiz ini telah mengalami kebakaran pada 4 Ogos lalu yang menyebabkan bangunan asrama perempuan tiga tingkat musnah. Namun seramai 131 penghuninya terselamat.
 
Dalam lawatan ini, YB Menteri telah menyampaikan bantuan tunai dari pejabat beliau yang bernilai RM20 ribu. YB Menteri turut menyerahkan sumbangan tunai YADIM berjumlah RM3000 dan sumbangan YaPEIM berupa barangan makanan bernilai RM2000.
 
Turut hadir antaranya Pengarah JAIS, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM, Yang Dipertua YADIM, Pemangku KP YaPEIM, Pengetua Mahaad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) dan Pengurus Besar Yayasan Taqwa.
 
Lawatan mesra YB Menteri ke Maahad Integrasi Tahfiz Banting 1
 
Lawatan mesra YB Menteri ke Maahad Integrasi Tahfiz Banting 2
 
Lawatan mesra YB Menteri ke Maahad Integrasi Tahfiz Banting 3
 
Lawatan mesra YB Menteri ke Maahad Integrasi Tahfiz Banting 4