Kurator Berita : Pejabat Ketua Pengarah
9 Ogos 2020 - Pulau Pinang : JAKIM menganjurkan Konvensyen Takmir Peringkat Zon Utara pada hari ini bagi memantapkan lagi kefahaman Islam dalam kalangan guru-guru takmir di samping melebarkan usaha Kempen Kesedaran COVID-19 ke Zon Utara.

Konvensyen ini dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YB Dato' IR Haji Ahmad Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

YB Menteri di JPM telah menyampaikan mock cheque peruntukan imbuhan bulanan imam, elaun guru takmir dan bantuan khas one-off kepada imam, bilal, siak & guru takmir dari Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis) tahun 2020 yang keseluruhannya berjumlah RM52.3 juta.

Dalam ucapannya YB Menteri menyeru agar budaya menekuni ilmu adalah sangat penting kerana ianya menjadi amalan para salafus soleh dan ulama silam. Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan Tabung Musa'adah COVID-19 berjumlah RM8,500 kepada 17 orang guru takmir Zon Utara yang telah bersara wajib dan menyampaikan Sijil Tamat Kursus Guru Takmir Fuqaha Zon Utara kepada 80 orang guru takmir.

Semoga konvensyen ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat keredhaan Ilahi.
 
YB Menteri Menyampaikan Peruntukan Kepada Negeri Zon Utara 1
 
YB Menteri Menyampaikan Peruntukan Kepada Negeri Zon Utara 2
 
YB Menteri Menyampaikan Peruntukan Kepada Negeri Zon Utara 3
 
YB Menteri Menyampaikan Peruntukan Kepada Negeri Zon Utara 4