Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Lawas, 3 Julai – Penguasaan ilmu pedagogi merupakan satu elemen yang penting untuk seorang guru dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam sesuatu bidang. Justeru, bagi memperkasakan hasrat tersebut, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan Kursus Pemantapan Pedagogi Guru KAFA Daerah Lawas Siri 1 pada 2 hingga 3 Julai 2022.

Kursus yang dihadiri oleh seramai 50 orang Guru KAFA ini bertujuan untuk memperkasakan ilmu pedagogi di kalangan Guru KAFA berasaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini.

Penceramah undangan pada kursus kali ini ialah Ustaz Abi Sofian bin Haris dan Encik Muhammad Nazmi bin Rosli dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Daerah Lawas.

Semoga dengan Kursus ini akan dapat memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran penyampaian dalam memberikan kefahaman di kalangan murid.

Kursus Pemantapan Pedagogi Guru Kafa Daerah Lawas Siri 1 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1033-kursus-pemantapan-pedagogi-guru-kafa-daerah-lawas-siri-1