Kurator Berita : Bahagian Maqasid Syariah
Putrajaya - 5 Julai 2022, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Maqasid Syariah telah mengadakan Bengkel Training of Trainers (TOT) Pasukan Jurucakap Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) Siri 2. Bengkel yang diadakan di Dewan Jamuan, Aras 2, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Wan Nadzirah binti Wan Mohamad, KPP Bahagian Maqasid Syariah.

Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk penyediaan dan penyelarasan draf soalan-soalan serta jawapan (FAQ) yang berkaitan dengan Pendekatan Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera mengikut kesesuaian agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Semua draf soalan dan jawapan ini akan diselaras dan disemak oleh pihak urusetia sebelum dicetak.

Seramai 47 orang peserta yang telah menghadiri bengkel ini termasuk Datuk Rozaida binti Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Tabung Haji dan Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Pengarah Pusat Pengajian Syariah, Undang-Undang Dan Politik IKIM.

Bengkel TOT KMKS Siri 2 1

Bengkel TOT KMKS Siri 2 2

Bengkel TOT KMKS Siri 2 3

Bengkel TOT KMKS Siri 2 4

Bengkel TOT KMKS Siri 2 5

Bengkel TOT KMKS Siri 2 6

Bengkel TOT KMKS Siri 2 8