Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
JELEBU, 20 Julai – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu meneruskan tradisi sebagai institusi penyebaran ilmu dengan penganjuran Kursus Pengkaedahan Jawi Siri 2 secara dalam talian pada 19 hingga 20 Julai 2022.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah memberi fokus kepada aplikasi penulisan jawi menggunakan kaedah yang tepat di samping turut memantapkan pengetahuan pengkaedahan jawi di kalangan peserta. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Hazri Ngah, Munsyi Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka yang berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kubang Ikan, Kuala Terengganu.

Kursus yang dilaksanakan melalui aplikasi Google Meet ini telah dihadiri oleh seramai 284 orang peserta yang tediri daripada Guru KAFA, Guru Pendidikan Islam, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pensyarah IPT serta penyertaan dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. Para peserta juga telah memberikan maklum balas yang positif terhadap penganjuran kursus ini dan berharap agar penganjuran kursus secara bersemuka dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk manfaat bersama.

ILIM Jelebu Menganjurkan Kursus Pengkaedahan Jawi Siri 2 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1046-ilim-kampus-jelebu-menganjurkan-kursus-pengkaedahan-jawi-siri-2