Kurator Berita : Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan & Pendakwaan Syariah
07 Sep 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) kesekian kalinya secara konsisten meneruskan usaha memperkasa institusi penguatkuasaan Syariah dengan menganjurkan Bengkel Penyemakan Dan Penggubalan Model Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Bil.2/2022 secara bersemuka bersama Pegawai Penguat Kuasa Agama negeri seluruh Malaysia, Pendakwa Syarie dan wakil PDRM.

Bengkel yang telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Ahmad Husaini Bin Mustafa, Pengarah BPPPS itu telah membincang dan memurnikan Standard Operating Procedure (SOP) Permohonan dan Pelaksanaan Waran Tangkap Di Luar Bidang Kuasa. Usaha pemurnian SOP pada kali ini telah dibantu oleh wakil dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan beberapa orang Ketua Pendakwa Syarie di samping ahli sedia ada.

Bengkel tersebut juga merupakan salah satu usaha penyelarasan yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam perkara perundangan bagi membantu memperkemaskan dan melancarkan pengurusan perkhidmatan serta tindakan penguatkuasaan syariah yang diamanahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia.

Penggubalan Model SOP Seragam 1

Penggubalan Model SOP Seragam 2

Penggubalan Model SOP Seragam 3

Penggubalan Model SOP Seragam 4

Penggubalan Model SOP Seragam 5

Penggubalan Model SOP Seragam 6