Kurator Berita : Bahagian Dakwah
12 Februari 2023, Pahang:

Pada hari ini, misi menyantuni mangsa banjir diteruskan lagi oleh Skuad Musaadah Madani Agensi YB Menteri Hal Ehwal Agama (HEA) yang diurusetiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk misi pada kali ini Skuad Musaadah yang diketuai oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah turun ke dua lokasi yang dipilih oleh pihak berkuasa agama negeri. Turut bersama dalam program ini ialah Tuan Haji Mohamad Kori bin Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM.

Dua lokasi yang disantuni di Sekolah Agama Rakyat Masjid Saidina Othman ibn Affan dan Masjid Jamek Mukim Temai Pekan Pahang. Jumlah penerima sumbangan bagi kedua dua lokasi ini adalah seramai 189 ketua isi rumah (KIR) dengan nilai berjumlah RM56,700.00.

Mangsa yang ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Mudah mudahan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban mangsa yang terlibat.

Skuad Musaadah Madani Menyantuni Mangsa Banjir di Pahang 3

Skuad Musaadah Madani Menyantuni Mangsa Banjir di Pahang 1

Skuad Musaadah Madani Menyantuni Mangsa Banjir di Pahang 2

Skuad Musaadah Madani Menyantuni Mangsa Banjir di Pahang 4