Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
6 Mac 2023, Keningau - Hari ini dalam sejarah, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) menerima kunjungan daripada negara jiran, Brunei Darussalam yang membawa seramai 45 orang wakil daripada delegasi KUPU yang terdiri daripada 15 orang guru pengiring dan 30 orang pelajar.

Turut memeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM sebagai Perasmi sekaligus menyaksikan sesi penyampaian sumbangan zakat yang disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr Mohd Roslan bin Mohd Nor, Pengerusi Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM 31,900.00 kepada IPDAS.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan pada hari ini termasuklah Forum Nusantara “Perkongsian Pengalaman Dakwah di Brunei dan Malaysia” yang menampilkan dua ahli panel yang berwibawa dan berpengalaman dari negara Brunei, Haji Muhammad Khairul Mu’Az bin Haji Sibodaud (Alumni Kupu SB) dan Ustaz Ibnu Fakri bin Vermond, Presiden Alumni IPDAS.

Selamat Datang Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ke IPDAS 1

Selamat Datang Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ke IPDAS 2

Selamat Datang Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ke IPDAS 3

Selamat Datang Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ke IPDAS 4