Kurator Berita : Unit Komunikasi Korporat
09 Mac 2023. Putrajaya: Pada pagi ini telah disempurnakan majlis pelepasan misi bantuan banjir Skuad Musa’adah Madani Agensi YB Menteri D Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang disempurnakan oleh YB Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im bin Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir dalam majlis ini ialah Datuk Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM dan semua ketua agensi di bawah YB Menteri Di JPM (HEA).

Dalam majlis ini YB Menteri telah mengumumkan jumlah bantuan yang akan disalurkan ke negeri-negeri yang terlibat banjir seperti negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak iaitu berjumlah RM2,107,400.00.

Majlis pelepasan ini juga melibatkan 15 buah kenderaan termasuk sebuah buah bas clinic mobile milik MAIWP dan dua buah bas kitchen mobile milik MAPIM.

Dalam majlis ini juga YB Menteri telah sudi menyampaikan cek cura kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang berjumlah RM100,000.00 sebagai tanda sokongan kepada NGO ini yang memberikan komitmen penuh dalam membantu mangsa banjir.

YB Menteri mengharapkan agar bentuk sumbangan yang akan disampaikan kepada mangsa-mangsa di negeri terlibat dapat meringankan kesedihan dan kesusahan mereka.

Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Madani Agensi YBM 1

Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Madani Agensi YBM 2

Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Madani Agensi YBM 3

Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Madani Agensi YBM 4