Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Pada 10 hingga 12 Mac 2023 yang lalu, bertempat di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson, Negeri Sembilan, Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Bengkel dan Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 (terbitan tajuk dan soalan Ikhtifal kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Kebangsaan (IKK) dan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) serta Garis Panduan Karnival Inovasi Sekolah Menengah Agama Malaysia (KISMAM). Bengkel dan Mesyuarat Kokurikulum pada kali ini di hadiri 90 orang peserta dan urus setia yang terdiri dari Pegawai Kokurikulum Negeri, Guru Bidang Pelajaran, Pegawai Teknikal Kokurikulum Kebangsaan serta Pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelaksanaan bengkel dan mesyuarat telah menyediakan tajuk dan soalan bagi 4 acara untuk IKK dan 8 acara MIISMAM yang akan di pertandingkan pada tahun ini. Bengkel juga telah menyiapkan satu garis panduan baru bagi pelaksanaan Karnival Inovasi kepada Pelajar Sekolah Menegah Agama Malaysia. Majlis Penutupan Bengkel dan Mesyuarat pada kali ini telah di sempurnakan oleh YBhg Tuan Mohamad Zamri bin Mohamed Shafik, Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM.

Bahagian Pendidikan mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam bengkel dan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 1

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 2

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 3

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 4

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 5

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 6

Mesyuarat Kokurikulum Kebangsaan 2023 IKK dan MIISMAM 7