Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
10 Mac 2023 (Jumaat) - JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pertubuhan Kebajikan Arriqab dan Daie KL telah melaksanakan Kelas Agama Komuniti Disayangi bermula Jun 2022 sehingga kini bertempat di Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit, Kuala Lumpur.

Kelas agama yang dijalankan kepada 30 orang kanak-kanak dan dewasa di sekitar Chow Kit pada setiap hari Jumaat dan Ahad bermula jam 7.00 sehingga 9.00 malam ini menggunakan khidmat tenaga pengajar Guru Takmir JAWI berpandukan Modul Kerohanian dan Jati Diri yang telah dibangunkan oleh JAKIM.

Majlis apresiasi ini diadakan bagi meraikan peserta kelas agama dan memberikan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan kelas selama ini.

Ucapan aluan majlis ini telah disampaikan oleh YBrs. Ustazah Noor Haliza binti Ali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Seterusnya sesi penyerahan sijil penghargaan kepada Pihak Daie KL dan Pertubuhan Kebajikan Arriqab selaku NGO yang bertungkus-lumus menguruskan peserta dan penyediaan makan minum sepanjang kelas diadakan.

Selain itu, turut diadakan sesi gotong-royong, game interaktif menyambut Ramadhan dan edaran makanan kepada komuniti gelandangan sekitar Chow Kit yang diserta oleh seramai 30 orang Sukarelawan Sosial Islam yang terdiri daripada Sukarelawan YOSH MyFund Action, mahasiswa/siswi Institut Profesional Baitulmal KL (IPBKL), UNITAR, UIAM, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).

Semoga kerjasama padu daripada semua pihak ini dapat diteruskan lagi dalam program-program akan datang demi kebaikan dan manfaat yang lebih besar kepada komuniti disayangi di Chow Kit.

Majlis Apresiasi Kelas Agama Komuniti Disayangi 1

Majlis Apresiasi Kelas Agama Komuniti Disayangi 2

Majlis Apresiasi Kelas Agama Komuniti Disayangi 3

Majlis Apresiasi Kelas Agama Komuniti Disayangi 4

Majlis Apresiasi Kelas Agama Komuniti Disayangi 5