Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Johor Bahru, 10 Mac 2023- Seramai 643 orang calon telah menghadiri Temuduga Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Johor Tahun 2023 yang diadakan pada 6 hingga 9 Mac 2023 bertempat di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan, Johor Bahru.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam Tuan Haji Ahmad Dhiauddin Bin Salimin turut sama hadir bagi memantau pelaksanaan temuduga ini.

Temuduga yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menemuduga calon yang cukup syarat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan Guru KAFA di Negeri Johor bagi tahun 2023.

Menurut salah seorang calon temuduga yang berasal dari Batu Pahat, walaupun beliau merupakan salah seorang mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah tersebut, beliau tetap bersemangat untuk menghadiri sesi temuduga yang diadakan.

Seterusnya, terdapat juga calon temuduga yang berasal dari Segamat menyatakan bahawa beliau dan keluarga menggunakan laluan alternatif untuk hadir ke pusat temuduga berikutan jalan yang biasa dilalui turut dinaiki air akibat bencana banjir yang melanda kebanyakan daerah di Negeri Johor.

Akhir sekali, temuduga telah berjalan lancar dan kesungguhan calon Guru KAFA yang hadir untuk temuduga walaupun diuji dengan musibah banjir menunjukkan betapa tingginya dedikasi mereka. Semoga segala urusan mangsa banjir di Negeri Johor dipermudahkan.

Banjir Tidak Menghalang Temuduga Guru KAFA Johor 2023 1

Banjir Tidak Menghalang Temuduga Guru KAFA Johor 2023 2

Banjir Tidak Menghalang Temuduga Guru KAFA Johor 2023 3

Banjir Tidak Menghalang Temuduga Guru KAFA Johor 2023 4

Banjir Tidak Menghalang Temuduga Guru KAFA Johor 2023 5