Kurator Berita : Bahagian Pendidikan
Johor Bahru, 13 Mac- Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Tuan Haji Jamaludin Bin A. Hamid mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Bahagian Pendidikan Islam (BPI), JAINJ atas pencapaian cemerlang dalam Majlis Pengisytiharan Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK) Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 pada 12 Mac 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Islam Iskandar Johor.

Secara keseluruhan, Negeri Johor mencatat Gred Purata Skor (GPS) peringkat kebangsaan yang baik dengan memperolehi GPS 1.86, manakala daerah Mersing merupakan daerah terbaik dalam pencapaian UPKK di negeri ini.

Selain itu, Muhammad Farid Aiman bin Sarmin dari Sekolah Agama Parit Sapran, Pontian telah diisytiharkan sebagai Pelajar Lelaki Terbaik Peringkat Negeri Johor manakala Nur Safiyah Humaira binti Mohd Adnan dari Sekolah Agama Sri Pantai Mersing diumumkan sebagai Pelajar Perempuan Terbaik.

Majlis pengisytiharan tersebut turut dihadiri oleh para pegawai yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Pendidikan Agama), Penolong-Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Pegawai-Pegawai Pendidikan Islam Daerah (PPID) dan Penyelia KAFA Negeri dan daerah.

Di akhir majlis, penyampaian keputusan UPKK bagi setiap daerah telah diserahkan oleh Tuan Pengarah JAINJ kepada semua PPID bagi pengumuman keputusan di peringkat daerah. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.

Pengisytiharan UPKK Negeri Johor 2022 1

Pengisytiharan UPKK Negeri Johor 2022 2

Pengisytiharan UPKK Negeri Johor 2022 3

Pengisytiharan UPKK Negeri Johor 2022 4

Pengisytiharan UPKK Negeri Johor 2022 5