Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
HULU LANGAT, 10-12 Mac 2023 : Alhamdulillah, JAKIM melalui Unit Bimbingan Kecelaruan Gender, Cawangan Sosial, Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, dengan jayanya telah melaksanakan Program Never Lost Hope Camping 2 bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat.

Program ini melibatkan seramai 30 orang peserta Komuniti Hijrah (gay) yang diselaraskan oleh Pertubuhan Insan Permata Disayangi (PINTAS). Program selama 3 hari 2 malam ini menekankan aspek kesedaran kerohanian, bimbingan fardhu ain, kesedaran kesihatan berkenaan HIV, motivasi diri dan aktiviti luar dewan kuliah seperti jungle tracking dan memasak di tepi sungai.

Program ini merupakan anjuran bersama JAKIM dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Bahagian Pemulihan Al-Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Diharapkan program ini dapat memberikan panduan kepada para peserta untuk menjalani kehidupan yang sejahtera dan selari mengikut tuntutan Syariat.

Bimbingan Komuniti Hijrah Never Lost Hope Camping 2

Bimbingan Komuniti Hijrah Never Lost Hope Camping 1

Bimbingan Komuniti Hijrah Never Lost Hope Camping 3

Bimbingan Komuniti Hijrah Never Lost Hope Camping 4

Bimbingan Komuniti Hijrah Never Lost Hope Camping 7