Kurator Berita : Bahagian Pendidikan

14 Mac 2023 – Seramai 70 orang guru KAFA daerah Kota Bharu telah mengikuti Kursus Penataran Kurikulum KAFA dengan jayanya bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.

Kursus ini telah dianjurkan oleh Seksyen Pengurusan KAFA Kelantan (SPKK), Unit Akademik. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kurikulum KAFA baharu 2.0 kepada Guru KAFA daerah Kota Bharu dan kaedah penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kursus ini telah disampaikan oleh 3 orang penceramah iaitu Dr Mohamad Ziyad bin Mukhtar, Dr Mohd Bakri Aziz@Saari dan En. Badruddin bin Yatiban.

Diharapkan Guru KAFA jelas dan faham mengenai kurikulum KAFA baharu dan boleh mempraktikkan penyediaan RPH di sekolah.

KURSUS PENATARAN KURIKULUM KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN KAFA DAERAH KOTA BHARU 2023 1

KURSUS PENATARAN KURIKULUM KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN KAFA DAERAH KOTA BHARU 2023 2

KURSUS PENATARAN KURIKULUM KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN KAFA DAERAH KOTA BHARU 2023 3

KURSUS PENATARAN KURIKULUM KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN KAFA DAERAH KOTA BHARU 2023 4


KURSUS PENATARAN KURIKULUM KELAS AL QURAN DAN FARDU AIN KAFA DAERAH KOTA BHARU 2023 5