Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
MARANG, 9 Mei 2023- Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama JAKIM dan YADIM telah mengadakan Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman bertemakan “Lelaki Dambaan Syurga” pada 9 Mei 2023 bertempat di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Terengganu. Seminar ini dihadiri hampir 1000 orang peserta, yang mana majoritinya adalah peserta lelaki. Para peserta terdiri daripada imam, bilal, guru-guru takmir, guru KAFA, badan beruniform, pelajar-pelajar IPT sekitar Terengganu dan wakil-wakil NGO Islam.

Seminar ini bertujuan bagi memberikan kefahaman berkaitan Lelaki Qawwam dan meningkatkan kesedaran tentang kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga yang dipengaruhi oleh peranan dan fungsi lelaki dalam keluarga. Antara objektif seminar ini juga adalah bagi memperkukuhkan rasa kepedulian seorang bapa dan masyarakat lelaki dewasa terhadap perkembangan dan pembangunan anak-anak dan generasi seterusnya, serta mengembalikan fungsi dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh seorang lelaki selaku seorang ayah, abang, adik, datuk dan bapa saudara kepada ahli keluarga dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Seminar ini dimulai dengan Pembentangan Dasar Inisiatif Lelaki Qawwam oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM. Disusuli dengan slot forum yang bertajuk : “Qawwamkah Aku?” Panel jemputan terdiri daripada Ustaz Syed Norhisyam bin Tuan Padang, Pendakwah bebas, dan Ustazah Razidah binti Adam, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM. Moderator forum ini ialah Dr. Abdul Hanis bin Embong, Pensyarah Kanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Perasmian penutup seminar ini disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Ucapan aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Nor Bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu. Hadir sama adalah Tuan Haji M. Rozi Bin Bidin, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu; YBrs. Haji Mohd Norizan bin Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM; dan Tuan Haji Lizan bin Che Mat, Pegawai Daerah Marang.

Diharapkan agar seminar dan program berbentuk advokasi dan penerangan kepada masyarakat awam khususnya kepada kaum lelaki dilakukan secara berterusan oleh Jabatan Agama Islam Negeri, mahupun agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain, bagi tujuan memberikan kesedaran serta melengkapkan diri dengan pengetahuan ke arah memperkasakan peranan lelaki sebagai pemimpin, pelindung dan pembela keluarga.

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga1 min

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga2 min

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga4 min

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga3 min

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga5 min

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga6 min

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga7

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga9

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga8

Seminar Lelaki Qawwam Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Lelaki Dambaan Syurga10