Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti
PUTRAJAYA, 12 Mei 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) mencatat sejarah dalam menjalin kerjasama dengan Mercy Mission Malaysia bagi penganjuran program Kaunseling Syarie dan Usrah Interaktif Kumpulan Sisterhood. Ini adalah satu usaha untuk memperluaskan perkhidmatan yang disediakan melalui KSKCareCentre dalam membantu masyarakat yang berhadapan dengan masalah kehidupan dengan menggunakan pendekatan kaunseling syarie, psikospiritual Islam dan `Ilaj syarie.

Kerjasama ini diperkukuhkan dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia. Dokumen MoU telah ditandatangani oleh Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM di hadapan Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian KSK, JAKIM. Sementara itu di pihak Mercy Mission, diwakili oleh Encik Muhammad Fawwaz bin Aminuddin, Pemegang Amanah Mercy Mission Malaysia di hadapan Encik Shamil bin Mohd Alauddin, Pengarah Kewangan Mercy Mission Malaysia. Sesi menandatangani MoU ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM mewakili Ketua Pengarah JAKIM.

Melalui kerjasama ini, JAKIM bersedia menyumbang kepakaran dan tenaga profesional untuk berkongsi kemahiran dan ilmu khususnya dalam bidang kaunseling syarie dan psikospiritual Islam sebagai satu pendekatan untuk membantu anggota masyarakat yang mengalami masalah peribadi sama ada dari segi kognitif, emosi, tingkah laku dan rohani.

YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin dalam ucapannya meletakkan harapan agar kerjasama ini memberi manfaat sepenuhnya dan berpanjangan sebagai usaha untuk memberi pendidikan, kesedaran dan sokongan agar seluruh masyarakat dapat menjalani kehidupan yang harmoni dan sejahtera ke arah membentuk komuniti yang mampu membangun negara MADANI.

Turut hadir ke majlis ini pegawai-pegawai kanan JAKIM, wakil-wakil dari Mercy Mission serta rakan-rakan media.

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 1 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 2 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 3 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 4 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 5 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 6 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 7 min

Majlis Menandatangani MoU antara JAKIM dan Mercy Mission Malaysia 8 min