Kurator Berita : Bahagian Dakwah
10 MAC 2023, ISNIN

Kuala Lumpur- Pihak pengurusan tertinggi JAKIM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Hajjah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM selaku pengerusi Sekretariat Dakwah Korporat ( SDK) JAKIM mengadakan kunjung hormat ke Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur.

Dalam rangka lawatan ini, Sekretariat Dakwah Korporat Jakim berkesempatan berkongsi berkenaan Sejarah Penubuhan SDK JAKIM, keterlibatan Syarikat- Syarikat Korporat di dalam usaha dakwah dan hala tuju SDK JAKIM ke arah kelestarian jangka panjang bersama Ybhg. Datuk Nora binti Ab Manaf, Ketua Pegawai Kumpulan Modal Insan Maybank dan Unit Agama Maybank.

Banyak perkongsian yang telah dikongsikan bersama bagi mengukuhkan lagi kerjasama JAKIM dengan Maybank sebagai ahli Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.

Kunjungan Hormat Pengerusi SDK JAKIM Kepada Pengurusan Tertinggi Dan Unit Agama Maybank Berhad1

Kunjungan Hormat Pengerusi SDK JAKIM Kepada Pengurusan Tertinggi Dan Unit Agama Maybank Berhad2

Kunjungan Hormat Pengerusi SDK JAKIM Kepada Pengurusan Tertinggi Dan Unit Agama Maybank Berhad3