
Kundasang, Sabah, 20 Mei 2023: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Sekretariat Dakwah Korporat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, JAKIM Cawangan Sabah, Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Kundasang dan Masjid Jamek Kundasang telah menjalin kerjasama strategik dalam menganjanjurkan Program Citra Kasih Belia Tema program tahun ini. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Operasi (JAKIM).
Program ini bertemakan“Al-Qawiyyul Amin : Aspirasi Belia Peneraju Kegemilangan Negara” telah diadakan di Masjid Jamek Kundasang, Sabah. Program mensasarkan penglibatan remaja dan belia di peringkat sekolah menengah sehingga ke institut pengajaian tinggi dan telah dihadiri lebih 200 orang. Turut mengikuti program ini terdiri daripada kalangan penjawat awam dan ibu bapa yang berpeluang mengikuti perkembangan isu semasa anak.
Program dimulai dengan sesi Kuliah Dhuha yang bertajuk “Pemuda Qawiyyul Amain” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr Issraq bin Haji Ramli, Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah selama hampir satu jam tiga puluh minit. Program diteruskan lagi dengan Klinik Fatihah yang dikendalikan oleh 20 orang pelajar Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran yang terpilih menyemak bacaan Fatihah peserta di kalangan pelajar dan ibubapa. Aktivti gotong royong turut dijalankan di kawasan Masjid Jamek Kundasang dan KAFA Sekolah Agama Rakyat Kg Mesilou, Kundasang yang akan berpindah ke lokasi sekolah baharu.
Program berakhir jam 1.30 tengahari selepas majlis perasmian Program Citra Kasih Belia Tahun 2023, solat zohor berjamaah dan jamuan makan tengahari. Semasa Majlis perasmian, turut disampaikan cek cura oleh Yang Berusaha Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim, wakil Sekretariat Dakwah Korporat dan sumbangan Bakul Makan kepada penduduk yang memerlukan. Program ini diharap dapat memberi manfaat dan memberi kesan yang positif serta impak yang besar kepada remaja dan belia serta masyarakat yang hadir.



















